YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Sunday, June 14, 2009

Accident in Cairo Updates

Perkembangan semasa kes kemalangan di Cairo,Mesir yang membabitkan pelajar Malaysia.Seorang mangsa adalah sepupu kepada kawan aku Ananz,sepupunya Akram kini sudah mula memberikan reaksi apabila berlaku sentuhan pada badannya. Alhamdulillah... dia tidak mengalami sebarang kecederaan tulang, cuma muka yang bengkak akibat edema yang sudah pun beransur pulih. Insya-Allah dalam sedikit masa lagi boleh sedar dari koma.

Beliau dirawat oleh doktor pakar dari Universiti Cairo, malah kebanyakkannya adalah pensyarah beliau sendiri. Dikhabarkan juga oleh pakciknya yang menemani beliau di sana bersama makciknya bahawa keadaannya semakin pulih. Mereka akan tunggu sehingga Akram sedar dan baru memikirkan tarikh sesuai untuk pulang ke Malaysia.
Thanks Ananz for the updates...
Saudara Akram ini mengambil jurusan kedoktoran dan masih menuntut di Universiti Mesir (Tahun 3), malah dijangka balik ke Malaysia pada bulan Julai ini berikutan cuti semester selama 3 bulan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau dan rakan-rakan beliau,Abdul Rahman b Ramdzan serta dua lagi rakan yang dilaporkan dalam keadaan stabil,Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2) dan Muhamad Fitri bin Tokiran.Al-fatihah buat Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli yang meninggal di tempat kejadian dan salam takziah buat keluarga.

# Berita lanjut boleh dilihat di sini...
# CAIRO NEWS

BLOGGING OFF

3 comments:

ummiyati said...

Jenazah Ammar telah selamat dikesemadikan .Marilah mendoakankesejahteraan ke atas rohnya dan keluarganya, tidak lupa berdoa kepada kawan2 yang masih dirawat dan trauma.

IKHWAN™ said...

Menurut laman blog Auntie Ummiyati,Jenazah dilaporkan tiba di KLIA dgn Egypt Air jam 10mlm dan di rumah jam 5 pagi dengan dibawa oleh van JAWI WP dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bertam Indah.Salam takziah

IKHWAN™ said...

Fotopages arwah Ammar : http://kalampuncak.fotopages.com/
Blog arwah Ammar: http://kalam-puncak.blogspot.com/

Untuk perkembangan atau berita lanjut,anda bolehlah search kat google dan alert dengan berita kat TV