Ringgggg !!!
Terkejut Zack bila terdengar aje loceng bangun pagi ditekan.Rasanya baru aje dia pejam mata,maklumlah semalam tido lewat.Dok berembun dengan Iggy,Hafeez,Abe e-man,Sakaki dan ramai lagi geng kitorang,tengok bola lah katakan.Perlawanan antara Jerman dengan Sepanyol-final EURO 2008.Mula-mula tu kitorang berbincang tentang ujian lisan hanya untuk setengah jam aje.Lepas tu terus tukar tajuk.Apalagi bukak kedai kopilah.Lepas perlawanan bola tu habis baru semua pergi tido.Pukul 5.00 pagi beb.Spain wins over Germany 1-0. Fernando Torres,pemain yang memakai jersi nombor 9 dan berusia 24 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke 33.Pagi tu lepas mandi dan solat kitorang bersedia untuk ke sekolah.Nasib baiklah segala buku-buku dan banyak lagi benda diprepare awal-awal.Taklah kelam kabut sangat. “Hafeez weh ! hari ni nok make gapo?” “tok tahulah.Agaknyo make roti misken denge telo aye!” Begitulah keadaan kami sewaktu bersiap-siap hendak ke dewan makan. “Eh ! doh pukul 7.15 doh oi,jom blah!” ajak Zack setelah selesai breakfast.Seperti askar baru belajar kawad,kitorang terus ke tempat perhimpunan sekolah untuk MP 15 (motivasi pagi 15 minit)dimulai oleh Iggy,Zack,Gorilla,Shaun dan mengikut susunannya.Yang jadi eskotnya tentulah Sakaki,pelajar pertukaran Jepun-Kelantan.Hari ni Tuan Pengetua sendiri yang bagi motivasi (Tuan Haji Mahmad Nor Bin Seman)
Orang kat rumah camne? Tentu dah sibuk-sibuk nak ke sekolah. “ Oh Haziq! Segeralah kau sampai.Kami semua dah ternanti-nanti nak minum kopi kau.Amiiinnnn!”,doa kami.Biasalah geng,cetak add mate,maklumlah semalam bukak kedai kopi.Sampai je kat pintu kelas,Mieza (Ratu Ayu Solo) menanti dengan senyuman yang menggoda.Cikgu Siew Pooh masuk dan terus mengajar kitorang English.Tok! tok! tok! Eh,siapa yang datang pulak? Mata kami semula tertumpu,ke pintu.Tubuh sebatang,hero kami nan seorang-ketua kelas kami,Syne.Fuh,penuh gaya Marlboro Classic .Ni mesti terlewat bangun asbab ko bola ni.Allysa pulak tersipu-sipu dan tersenyum macam kerang busuk.
Hah! Tiba time geografi pulak! Tiga masa berturut-turut.Tu yang buat geng kami mengantuk abis.Dahlah malam tak cukup tido.Akhirnya kami qodho tido kami waktu Geografi.Cikgunya pun satu,kuat sangat pekena kitorang.Waktu Geografi nilah kitorang dapat nama glamer. “mato rokunlah”, “aye ketik tunga” lah,Cina Tibet” lah dan pernah sekali tu dia syorkan salah seorang geng kami makan “penisselin”-kapur.Jadi walaupun tiga masa berturut-turut,kami semua tak pernah kering gusi.Namun tu semua dah tinggal kenangan.Cikgu Yuhana dah kena tukar.Namun,segala kenangan manis kami bersamanya tetap abadi.Tapi sebelum dia pergi sempat lagi dia buat kitorang gabra.Ada ke tengah-tengah assembly dia announce kat semua orang yang geng kami (5 Sains A) dah janji nak study hard dan get at least 5A1 in SPM nanti terutama dalam subjek yang dia ajar.Sekali fikir tu semua mungkin menjadi kenyataan kalau kitorang study hard ,tapi kalau tengok,sampai nak exam pun dok main lagi.Jadi harapan Cikgu Yuhana,kalau tak termakbul pun,pasti terkubur!!! Sebenarnya sedih jugak bila mengenangkan balik nasib kami.Walaupun dari spesis gila-gila,tapi semenjak pertukaran Cikgu Yuhana,kami rasa terkilan betul.Dah dua orang cikgu kami yang kena tukar sewaktu kami tengah sedap dan bersemangat nak belajar.Mula-mula Cikgu Fizik dan disusuli pula dengan Cikgu Yuhana.
Pukul 2.05 petang baru balik.Perut bukan main keroncong lagi macam-macam lagu dimainkan,rock & roll,punk,hip hop,tambah-tambah budak asrama.Alamak! habislah segala buah-buahan (pencuci mulut) tu nanti.Lauk pun mungkin tinggal yang kecik-kecik.Maklumlah lauk penghabisan.Masa akhir ,Add Math tadi kitorang tengok muka Cikgu Sapri nampak macam nasik.Tu yang menyebabkan add math kami tak pernahnya kredit sekadar lulus saja.Mata seko-seko macam bijik saga.
Habis je waktu sekolah kitorang terus balik.Langkah Zack yang pendek pun dah jadi panjang. “Woi tok lari nasik dikejalah” kata yang lain. “Bukenyo nasik sajo,tapi aku takuk aye ye terbe!” Hah,hah,hah ketawa kami semua sebab ada peristiwa lucu di sebalik “aye terbe”.Lepas makan,mandi dan solat kami dok releks-releks.Iggy (mak dia orang Itali) dan Abe e-man dok Dorm B.Dorm B special sikit.Maklumlah penghuninya enam orang aje.Gu kami yang lain semuanya dok Dorm C (12 orang).
Petang lebih kurang pukul 5.00 petang,kami semua kena pegi klinik-“Klinik Cikgu Haslina”.Setiap orang akan diberi soalan dan Dr.Haslina akan check di mana kesilapan pesakitnya.Tapi dia tak pernahlah pulak kasi ‘ubat’.Kami pulang pukul 6.15 petang.Tiba pulak time makan.Sebelum kami pergi klinik tadi,kami sempat minum petang dulu.Makan puding.Sedap woo.Pukul 6.30 petang pulak makan malam.Sewaktu kami bersiap-siap nak pergi makan,kami terserempak dengan Mia tapi dia berpatah balik. “Bakpo? Mung keno Anoreksia Nerrosa ko pete ni?” usik kami. “Hooh laa.Pete ni make telo golek”cebik Mia.Nasib le,dah menunya macam tu,apa nak dikatakan.Lagipun tengahari tadi dah pekena ayam seketul sorang,jadiklah.
Pukul 7.30 petang semua budak-budak asrama naik atas musalla untuk solat Maghrib berjemaah.Yang selalu jadi “tok imamnya; ialah Murshidi,Shaun atau Farries.Tok Bilal pulak selalunya Aminuddin.Kalau tak pun Abe e-man.Ada sekali tu tengah-tengah dok khusyuk solat ,tiba-tiba je black out! Terpaksalah teruskan dalam gelap.Sudah solat semua orang berdoa.Lepas doa ‘kare’ada balik.Syukur,Alhamdulillah! Hari tu program Pusat Islam tak de untuk slot ruang antara Maghrib-Isya’ jadi semua orang turun kecuali Hafeez.Dia ni terkenal dengan penakut.Entah apasallah hari tu datang pulak beraninya.Semua orang turun dan tinggal dia sorang.Lebih kurang 15 minit,tiba-tiba api padam balik.Terkejut dia tambah-tambah dok sorang-sorang.Tapi diberanikan diri “ Hu uh! Bukenyo lamo sangak meta lagi masuklah waktu maye isyo’ mesti semuo naik pulok.Kalu dok pun aku tido metalah!” katanya menenangkan hati sambil memandang sekeliling dan sempat jugak melihat tingkap yang tak bercermin.Tiba-tiba ‘gedegang!!!’ bunyi benda jatuh dekat cermin.Dia terus bangun dan berlari sekuat hati dalam gelap.Sempat jugak dia menjeling ke arah tempat jatuhnya bunyi tadi. “Oh! Nate kucing putih.Kecik palo-palo aku pecut sakni,” katanya sambil berlari dalam berpelikat.Oleh kerana tak de api semua pelajar berkumpul di Dewan Makan, masuk-masuk dia cerita la peristiwa tu pada Abe e-man dan geng kitorang. “Fuh terorlah mung,api tak dok pun mung masih berani dok dale musalla sore”,puji Gorilla. “Berani tu beranilah jugok tapi lepah bunyi kucing tu jatuh berlebok,fuh nok terkencing aku sero.Bilo-bilo tok ser doh aku.Serik doh weh”. “ But it’s o.k coz you have show your bravery,before this we know you have a little bit ‘chicken’( Tapi tok apolah jugok,mung doh tunjukke kelakie mung tu,mugo ke mung ni ke nakuk sikik),” sampuk Sakaki.Zack masuk dalam kumpulan tempat kami berhimpun di bawah cahaya lampu kecemasan.Di tangannya ada bawak sebekas biskut dan segelas air milo yang kami pesan tadi.Malam tu nasib tak baik sebab kena menu biskut kereta galo!! ........ “Eh, mung semo tahu dok dorm kito ni ado penghuni baghu”.Bagitau Ally . “Are wa donata dess ka? (sapo tuh?)”soal Sakaki. “Muse! (chivert)”. “Ala maq dasyaknyo”. Ya,pada malam tu kami terutamanya penghuni Dorm C dikejutkan dengan kedatangan seko musang.Dengar cerita adalah besau papan skate board.Pernah sekali Abe e-man terserempak ‘beliau’dok tengah minum air bertakung atas lantai bilik basuh.Ish..ish...ish...cobaan.Jadi yang besau-besau yang Nick jumpa bawah katil dia tu rupa-rupanya taik musang.Agaknya musang tu camping di celah-celah locker dari besi katil buruk yang ada di sudut dorm tu. “Adoi la, male-male tak dok api ginih,ado can lah muse tu nok round dale dorm korang,lepah tu pagi esok Nick bangun,tengok-tengok muse tu tido sebeloh dio,tino pulok tu,”usik Abe e-man. “ Oii! Mete-metelah mung dok dorm B,nok nyakak pulok dih!” sergah Gorilla. “He..he..he..kiro nasib baik lah tu..,”tambah Sakaki dalam kepelatan.Pagi esok lepas repot kat Cikgu Asri-warden kami,dia segera pergi dan halau ‘vvic’tu(very very important chivert) .Hish! kes yang mengharukan sungguh.Arigatou......
Pernah sekali tu musim buah pauh dan kedondong.Pokok pauh sekolah jadi sasaran kami petang tu.Group pertama diketuai oleh Iggy.Kami guna kayu-kayu buruk dan kaki kerusi yang dah patah buat ‘pemetong’.Tengok Zack tu,buke maing lagi dio”. “Nok make colek ko ni? ngide koh,har..har..har..”usik Abe e-man. “Hoolah,kicak ado doh ,gulo pung ado doh,cumo gare jah hok tak dok lagih,royak ko Sakaki”. “Alah,apo nok disusohke mama mung ke ado,mintoklah sikit gare.Sebelum tu kito wee lah ko dio beberapo butir woh pauh ni,”ajar Zack.Maklumlah dalam program Mentor-Mentee,Sakaki dengan Abe e-man di bawah Cikgu Norma.Nak dekat satu plastik kitorang dapat.Halal....buah pauh ni halal sebab pengetua dan semua anggota sekolah dah bersepakat menjadikannya sebagai harta wakaf...Lepas tu terus balik.Tengah-tengah jalan jumpa plak dengan group kedua diketuai oleh Gorilla.Hai,botaklah pokok pauh tu dikerjakan.Tengah asyik dok rancang nak mintak garam sewaktu dalam perjalanan balik tu terserempak dengan Cikgu Norma.Mujurlah dia tak dengar.Rupa-rupanya dia dok tengah bagi motivasi kat beberapa geng kami yang tak joint pegi cilok buah pauh.Cikgu Norma memang baik hati.Kalau dia baca tentang apa yang kami tulis ni tentu tersenyum aje.Dia selalu dok kasi motivasi.Naik semangat betul.Sebaik kat pondok yang diorang dok lepak tu,Cikgu Norma berpaling dan tersenyum.Apalagi,segala rancangan kami tu berjalanlah.Habis segala buah pauh yang besau-besau kitorang hulur kat Cikgu Norma.Tapi tak sorang pun berani bukak mulut nak mintak garam.Last-last,kitorang tercangak-cangak setelah Cikgu Norma ucap terima kasih dan masuk dalam rumah dia.Eii,geram sungguh.Tapi pada siapa kalau tak pada diri kami sendiri.
Di sekolah banyak jugak peristiwa lucu.Sebenarnya ada sesetengah guru di sekolah ni dapat gelarannya yang tertentu.Cikgu Nasir macam Elvis Presley,cuma tak lengkap dengan country type punya pakaian.Cikgu Kristina kami panggil Latifah Omar.Cikgu Nik Abdullah pulak macam pelakon dalam telenovela latin dan menjadi dambaan pelajar perempuan dalam kelas kami.Cikgu Yusuf(guru matematik kami) pulak,sekali tengok macam Tomoya Nagase,teman lelaki Ayumi Hamasaki tu.Fuh! cayalah cikgu.Tapi dua kali tengok.... tak de lah.Rambut Cikgu Fizik pulak (Cikgu Khalid) tajam,pendek dan cacang-cacang katanya Mek Salam Pantai Timur dan Mat Over.Di sekolah kitorang tak kurang jugak kereta cikgu-cikgu yang jadi perhatian kami.Tentang kereta Cikgu Disiplin(Cikgu Adnan),fulamak-Evo la beb! Kalau lalu je dekat kereta tu,pasti kitorang puji lebih-lebih.Sempat gak lah ambil gambar kitorang kat situ.Cikgu Hj.Norudin pulak terkenal dengan kereta fesyen ‘kura-kura’nya.Sebenarnya sapa tak tahu Cikgu Hj.Norudin ni ada banyak lagi kereta tapi saje je tak nak tunjuk-tunjuk.Mungkin dia anggap kereta kura-kuranya tu sebagai sesuatu yang unik.Cikgu Wan Rohani di kalangan geng kitorang pulak dapat award ‘Ratu Pecut’.Bukannya menang acara larian balapan,tapi tentang gayanya bawak kereta.Mujur tak tercabut stereng mercedes nya tu.Driff...Fuh! kona balik kue habis.Ini tambah-tambah lagi time dia lewat sikit ke sekolah.Macam manalah agaknya jantung Cikgu Hasiah time naik kereta dengan dia.Tentu kecut beb....
Waktu lucu sekali adalah time Biologi .Cikgunya pun satu,sporting abis! Kalau masuk time Bio,tak pernah kering gusi.Cikgu Hapisah dialah guru Biologi dan EST (English for Science & Technology) kami dan dialah jugak guru kelas kami.Dengar khabar dia akan bertukar sekolah tahun hadapan.Sedihye.......Lepas aje 20 minit dio ngajo,mesti bercerita.Cerita pulak yang lucu-lucu.Hilang ngantuk dan tension.Tapi yang peliknya,study tak lah kuat sangat tapi markah dok steady semacam.Tak tahulah pulak kalau keluar result nanti,semuanya lingkup.Mungkin penumpuan kami lebih ketika time dia mengajar.Jadi mudahlah masuk.Cikgu Zaini berlainan pulak.Time mengajar serius habis,kadang-kadang tu lucu pulak teringatkan keseriusannya tu.Otaknya pun ligat,ada je program-program yang dia hendak buat.Tu yang sedap tu.Tapi time exam,kalau kena dia yang menjaga kelas kami,habislah.Tak de can nak minum air ‘kopi’ a.k.a copy.Tegas betul sampai tak leh nak pusing-pusing kepala langsung.Ustaz Mad Yunan pulak geng kitorang suka sangat bertanya tentang hal agama,maklumlah nanti nak jadi pemimpin....paling tidak pun memimpin dalam rumahtangga.Tapi mestilah dapat memimpin diri sendiri dulu.Alahai..sape lah yang ambik tulang rusuk kiri aku tu..........Ustaz ni berperwatakan tenang dan selalu jugak bagi kami nasihat dan sumber inspirasi.Tentang Bahasa Kebangsaan,kami bersyukur dapat guru pemeriksa kertas soalan-Cikgu Mohamed.About sejarah,Cikgu Zakaria (kacukan Thailand-Hindustan) suaranya,kuat sungguh!!!Orang mengantuk pun boleh menjadi luas bijik mata.Mudah bertolak ansur.Ada sekali tu dia merajuk.Tapi sikap berterus terang menyelesaikan semuanya.Mujurlah dia dapat terima penjelasan kami.Sebenarnya bukan kami yang buat camtu.Tolonglah percaya kami,okey! (to be friends with you!).About Fizik,kami pun tak tahulah.Pada mulanya tu cikgu tak pernah kekal.Tapi sekarang Cikgu Khalid dah ada.Harapan kami semoga taklah ketinggalan sangat.Cikgu Zaidi plak guru Kimia kami,mudah nak faham cara dia ngajar..maklumlah guru tusyein sambilan.
Time study (lepas prep), lain macam pulak gila-gilanya.Group kitorang study kat pondok 5 Saudara kat tengah-tengah asrama.Pondok tu dah dimodified untuk cukupkan pelajar study.Bilik study yang asal dah jadi library.Kadang-kadang kalau datang time rajin,study lah sampai pukul 2 pagi.Seronok woi.Lepas tu pakat ketawa ramai-ramai dan sambung balik study.Macam mana lah Cikgu Asri dan Cikgu Wan Khairiah nak tido. Asyik menyalak malam-malam buta (kuat pulak tu, penuh perasaan dn jiwa raga gamaknye).Maaflah ye teachers,sebab selalu ganggu teachers nak tido.Apa nak kata,dah perangai kami sejak azali lagi macam tu.
Ada sekali tu, masa malam ambang kemerdekaan tahun lalu.Oleh kerana sambutan ambang kemerdekaan tidak dilakukan di asrama maka ramai gaklah yang mengamuk.Tak tahan beb.Dah lah kena stay kat hostel tak boleh balik rumah.Jadi masing-masing mulakan projek..Nasib kami baik lah kerana Cikgu Warden tiada di asrama,keluar pergi dinner.Masing-masing buat bendera daripada kain putih yang tak abis masa sukaneka antara kelas-kelas.Muka pulak sorang-sorang warnakan dengan macam-macam jenis bendalah,ade jalur gemilang,kelantan,union jack,nippon punya bendera lah.Yang paling tak logik gunakan water color.Woi aku sayang muka aku la woi.Pendek kata..macam-macam lah. Tepat je pukul 12.00 malam masing-masing beratur dan melaungkan merdeka!merdeka! dan terus nyanyikan lagu Negaraku...Bersemangat betul.Tiba-tiba.. Cikgu Asri bukak pintu biliknya dan terus menghukum kami.Alamak lupa lak cikgu balik malam ni.Ingatkan tidur kat rumah dia.Malam tu kami kena denda sampai pukul 4.00 pagi...Tapi seronok gak.Sorry lah cikgu,kami masih remaja dan need some fun.
Kalau nak kira,banyak lagi kenangan manis geng kami sewaktu bersama,terutama sewaktu tinggal di asrama.Perangai seko-seko,hish teruk betul.Gila-gila abis.Pantang time free sikit mulalah nak main bola awal,berenang,karoke dan banyak lagi laa.Paling best bola keranjang.Hari tu pertandingan sukan antara kelas-kelas,kelas kitorang juara.Maklumlah kita ni dah senior,patut dijadikan contoh teladan.Lagipun kalau tengok abang-abang yang terdahulu daripada kami,semuanya dah ‘matang’.Perangai pun dah terkawal.Tak de macam budak-budak.
Kepada semua yang terlibat dalam kehidupan kami sehari-hari ni,kami pohon bebanyak maaf kiranya nak marah.Apa nak buat,dah perangai kami camtu,tak leh nak ubah dah.
Sebenarnya,di sebalik kenakalan dan gurauan kami dalam kehidupan seharian,kami sentiasa mengutamakan impian untuk berjaya demi masa depan.Jadi orang besau-besau,kereta besau,rumah besau,teman wanita pun yang bes....oppss.Lawalah......kemuncak hidup-dapat keredhaan Tuhan.Yaahooooo!!!! Ganbatte Khudasai katanya Sakaki.
Sunday,june 29 2008.