YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Tuesday, January 27, 2009

C2007 N3 - COMET LULIN


Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.

Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.

Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).

Komet Lulin ditemui pada Julai 2007 oleh Ye Quanzhi daripada Sun Yat-sen University di Guangzhou, China.

Some other said:

Comet Lulin (C/2007 N3), discovered in 2007 by a Strait-bridging team of astronomers from Taiwan and China, is swinging around the sun and approaching Earth. Right now, Comet Lulin is gliding through the constellation Libra in the southeastern sky before dawn. It glows like an 7th magnitude star, so a mid-sized backyard telescope is required to see it. Visibility will improve in February as the Earth-comet distance shrinks. At closest approach (0.41 AU) on February 24th, the comet should brighten to about 5th magnitude--dimly visible to the unaided eye and an easy target for binoculars. Surprises are possible. The hyperbolic orbit of Comet Lulin suggests this could be the comet's first visit to the inner solar system. How it will react to increasing sunlight is anyone's guess.

Comet Lulin will be approaching Earth for a 38 million mile "close encounter" at a time of a New Moon on Feb. 24. The Moon will also be in conjunction with both Jupiter and Mercury on Feb. 22. And, with Mars on the 23 rd. There will also be a conjunction of Mercury and Jupiter on the 23 rd. This is a very unusual "electrical alignment" with this comet and our Sun, particularity since it is orbiting in the same plane as that of our own Earth.. As the New Moon moves away from shielding the Earth against the incoming Solar Winds, the Moon will be "on the Equator". All of this equates to the possibility of some severe storms and potential earthquakes on around Feb. 26 to March 1 st. Quite interestingly, we will also witness the Moon in conjunction with Venus on Feb. 27. I would urge everyone to be ready to "batten down your hatches"---and have your generators primed and ready--- during the time frame of the aforementioned Feb. 26 to March 1.

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari-annular eclipse (sideroblastic)

Gerhana matahari separa selama 3 jam 46 minit hari ini boleh dilihat dari benua Afrika sehinggalah ke Australia,sepanjang 14500km.Di Malaysia,termasuk rumah aku juga fenomena ini dapat dilihat.Opss ada aku mention pasal rumah aku tak? Ooo..aku ada kat rumah,balik cuti raya ni.Balik hari Jumaat jam 2 pagi dengan kereta.Abe,Maizan,Akmal ngan K.Tie..Diorang dah tau dah rumah aku dok celah mana...datang ar rumah aku kalau free.Hari jumaat hari tu aku tak balik terus dari makmal.kitaorang tengok slaid cytology dari pukul 5 petang sampai nak-nak maghrib.Dari 11 orang sampai tinggal 7.Sempat pergi dobi cuci semua pakaian.Bersiar-siar sampai pukul 10 malam..10 malam kan pintu asrama ditutup.Kalau lewat masuk menjawablah dengan surat tunjuk sebab kat bahagian HEP.Sorry ar kat diorang kerana tak sempat bertemu dengan my parent.My mum and my dad pi ambik adik aku kat stesen keretapi.Lagipun aku sebenarnya tak bagitau pun aku nak balik..He...he.. nakal betul aku.Malam besok bertolak pulang ke asrama,insyaalah.Alang-alang bercerita ni aku nak bagitau tentang tragedi black out selama sejam 15 minit kat hostel hari tu.Seluruh bebudak hostel bising...tambahan lagi keesokan harinya masing-masing ada formative exam.Gawat lah.Kawasan sekitar terang benderang cuma hostel kami bergelap.Mungkin bangunan hostel tu dah lama kot..En.Salleh (pengarah kolej) dan En.Ng (warden asrama) bersusah payah 'menghidupkan' elektrik malam tu.TQ..dalam blackout tu dah lah tak makan lagi.Lapar siot..Abe ambil keputusan untuk makan.Makan ar kau sorang,aku..tunggu karan ada balik ar.Tengah dia sedap-sedap makan si Azim ni boleh pulak melangkah masuk dalam gelap dan Prap....tumpahlah air nescafe si Abe berserta pecahnya pemegang mugnya.Membasuh lah lantai malam tu..budak tu..memang nak kena!K ar berbalik kepada gerhana...Gerhana matahari cincin 26 januari 2009 merupakan salah satu dari enam gerhana yang akan terjadi pada tahun ini.Dan gerhana matahari cincin ini adalah yang pertama semenjak 1998.Akan ada 2 gerhana matahari dan 4 gerhana bulan tahun 2009 ni.Gerhana matahari penuh Julai ini.Sayangnya saat gerhana terjadi awan gemawan ni banyak le pulak tapi untunglah tak 100%.Melihatkan gerhana matahari ni mengingatkan aku tentang heroes.Oleh kerana titik gerhana agak jauh dari Malaysia,kira-kira 60%-80% matahari akan dilindungi bulan.Permulaan gerhana bermula jam 4.30 petang dan kemuncak gerhana pada 5.50 petang dan berakhir pada jam 6.58 petang.
p/s maaf di atas kesalahan tatabahasa

SUN ECLIPSE 26 JAN 2009
KUALA LUMPUR

Latitude: 3° 8' 50" N
Longitude: 101° 41' 16" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location.
Timing Information Beginning of partial phase
Time: 16:31:36

Maximum eclipse
Time: 17:50:40
Eclipse magnitude: 0.726

End of partial phase
Time: 18:58:49


Sunday, January 25, 2009

Selamat Tahun Baru Cina


Happy Chinese New Year to all CALIPHORENIA readers.Enjoy your day in the year of ox.

Saturday, January 24, 2009

Mr.Obama from White House

Acute Leukaemia

ACUTE LEUKAEMIA
(VERSI BAHASA MALAYSIA)

ikhwancalifornia.blogspot.com

PENGENALAN

Darah mengandungi tiga jenis sel iaitu sel darah merah (eritrocytes),sel darah putih (leucocytes) dan platelet.Setiap jenis sel mempunyai fungsi khusus dalam badan.Sel darah merah yang terdapat di dalamnya haemoglobin membawa oksigen daripada peparu ke seluruh badan.Sel darah putih membantu dalam sistem pertahanan badan untuk membantu menentang organisma seperti bakteria dan virus.Platelet terlibat dalam proses pembekuan darah.Semua sel-sel darah terbentuk di dalam tisu lembut yang terdapat di tengah-tengah tulang.Tisu ini dikenali sebagai sum-sum tulang (bone marrow).Kesemua tiga jenis sel-sel darah ini terhasil daripada sejenis jenis sel asal iaitu sel stem.Sel stem ini boleh berkembang kepada sama ada sel darah merah,sel darah merah,atau platelet bergantung kepada keadaan.Leukaemia disebabkan oleh penghasilan sel-sel darah putih secara berlebihan.Terdapat dua kesan kepada tubuh badan.Pertama,Sel-sel darah putih tersebut mungkin tidak matang sepenuhnya mengikut perkembangan yang sepatutnya.Sel-sel ini mempunyai keupayaan yang lemah bagi melawan bendasing yang memmasuki saluran darah.Kepincangan ini secara seriusnya merosakkan sistem pertahanan badan dan badan kehilangan keupayaannya untuk menentang jangkitan.Keduanya,oleh kerana banyaknya sel-sel darah putih dihasilkan maka akan memenuhi ruang di dalam sum-sum tulang sehingga tiada ruang yang cukup untuk sel-sel darah merah dan platelet berkembang.Tanpa sel-sel darah merah,sel-sel badan tidak mendapat oksigen secukupnya,keadaan ini dikenali sebagai anaemia.Anaemia dirujuk melalui lemah,pening kepala,pucat dan keadaan rasa tidak seimbang (dizziness).Tanpa platelet,darah tidak boleh membeku dengan baik jika berlaku kecederaan dan luka yang kecil boleh menjurus kepada kehilangan darah yang serius.Terdapat tiga jenis sel darah putih.Setiapnya memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan.Sel-sel ini adalah granulosit yang terdiri daripada neutrofil,eosinofil,dan basofil;limfosit dan monosit.Leukaemia mungkin terjadi disebabkan oleh penghasilan yang terlalu banyak salah satu sel darah putih tersebut.Setiap jenis leukaemia dikenali melalui dua ciri:

T Sama ada akut atau kronik

T Sama ada melibatkan granulosit,limfosit atau monosit




Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih (leukocytes) malignan.Sejenis gangguan neoplastik,etiologi yang tidak diketahui dan bercirikan proliferasi dan infiltrasi abnormal sel haemopoietik dalam sum-sum tulang menyebabkan marrow failure.Proliferasi abnormal sel haemopoietik mempamirkan sel prekursor atau sel yang matang dalam sum-sum tulang,darah periferal yang melibatkan sel-sel leukosit,eritrosit dan megakaryocyte.Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai maligan hematologi (hematological neoplasms).

SIMPTOM

Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses pengumpalan darah. Ini bererti mereka dengan leukemia mungkin menjadi lebam, pendarahan berlebihan, atau mengidap pendarah cucukan jarum (petechia).

Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan pathogen, mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain.

Akhirnya, kekurangan sel darah merah mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dyspnea. Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.

Simptom yang berkait

  • Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain
  • Kelesuan dan lemah
  • Hilang selera makan dan/atau berat
  • Gusi bengkak atau berdarah
  • Pendarah berlebihan (akibat luka kecil)
  • Simptom neurologikal (sakit kepala)
  • Hati dan limpa bengkak
  • Mudah lebam
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sakit tulang
  • Sakit sendi
  • Tonsil bengkak

Perkataan leukaemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat kepada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu dengan fungsi normal sel lain.

Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilkan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Untuk pesakit aleukemic, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Leukaemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi leukemia sel rambut.

EMPAT JENIS UTAMA

Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (teruk):

  • Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
  • Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya diawasi untuk suatu tempoh sebelum dirawat untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukaemia kronik.

Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:

  • Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
  • Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mielogenus".

Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:

LEUKAEMIA AKUT

Acute Leukaemia adalah sejenis leukaemia yang berkembang pesat di mana sel-sel leukaemik ini akan infitrat sum-sum tulang,organ & tisu dalam masa singkat-kegagalan sum-sum tulang (marrow failure) dan pembesaran organ (organomegaly).Ini melibatkan proliferasi sel primitif dan mempunyai kesan-kesan rencat (inhibitory effects) kepada sel darah merah dan platelet-anaemia dan thrombocytopenia.Terdapat lebih kurang 50% sel-sel blast dalam darah periferal dan pendiagnosannya bergantung kepada keputusan aspirate sum-sum tulang (bone marrow aspirate)-> 30% sel-sel blast.Leukaemia Akut boleh membawa maut dengan cepat sekiranya rawatan tidak diberikan dengan segera.Untuk alasan yang masih belum jelas difahami,leukaemia akut pada kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak dan dewasa lelaki berbanding wanita.Leukaemia Akut dibahagikan kepada:

T Acute Myeloid Leukaemia (M0-M7)-FAB

T Acute Lymphoblastic Leukaemia (L1,L2 & L3)-FAB

FAB:klasifikasi French,American & Britian

Leukaemia Akut

T ALL: 85% adalah kanak-kanak

T AML:kebiasaannya dewasa

PENYEBAB

Tiada siapa mengetahui apa yang menyebabkan leukaemia.Walau bagaimana pun, penyelidik-penyelidik mempunyai agakan yang kuat tentang empat kemungkinan penyebabnya iaitu radiasi,bahan-bahan kimia,virus dan faktor-faktor genetik.

T Radiasi-istilah radiasi merujuk kepada pelbagai bentuk tenaga,seperti X-ray dan cahaya Ultra Ungu (UV) yang ditemui pada cahaya mentari.Radiasi boleh merosakkan struktur kimia,memungkinkan kerosakan atau kemusnahan sel-sel.Sesetengah penyelidik percaya pendedahan terhadap radiasi boleh menyebabkan sesetengah bentuk leukaemia.

T Bahan-bahan kimia-sesetengah jenis bahan kimia boleh menjadi karsinogen.Karsinogen adalah apa sahaja yang boleh menyebabkan kanser.Bahan-bahan kimia menyebabkan kanser dengan merosakkan sel-sel dan substans di dalamnya.

T Virus-Sesetengah penyelidik percaya terdapat sesetengah leukaemia yang disebabkan oleh jangkitan virus.Virus adalah satu organisma yang paling kecil yang berupaya menyebabkan penyakit.Pertalian di antara virus dengan leukaemia adalah kuat dalam sesetengah kes tetapi masih tidak boleh dibuktikan.

T Genetik-leukaemia boleh berlaku pada sesetengah keluarga dan tidak bagi yang lain.Ini memungkinkan sekurang-kurangnya sesetengah leukaemia boleh jadi diwarisi.

PENYIASATAN MAKMAL UNTUK LEUKAEMIA AKUT

1. Full Blood Count (FBC)-melihat peratus (percentage) dan nilai sebenar (absolute) sel-sel darah dan lain-lain .

2. Full Blood Picture (FBP)-mendiagnos smear darah,differrential count,memastikan FBP dan FBC adalah sama keputusannya.

3. Lymph node biopsy-mengesan sejauh mana kanser leukaemia merebak

4. Computerised tomography (CT) scans-mengesan organ-organ

5. Lumbar puncture-jika leukaemia akut tersebut berisiko merebak ke sistem saraf

6. Bone Marrow

7. Cytochemistry

8. Immunophenotyping

9. Cytogenetic atau Chromosome Studies

10. DNA analysis

ACUTE LYMPHOBLASTIC LEUKAEMIA (ALL)

Terdapat banyak sel-sel blast dari siri limfoid dalam darah peripheral dan sum-sum tulang iaitu neoplastik proliferasi progenitor lymphoid cells.Predominant sel di sum-sum tulang dan darah adalah lymphoblast.Sel-sel malignan ini tidak akan matang atau mati tetapi akan berkumpul di sum-sum tulang dan akan infiltrate organ-organ lain seperti saluran limfa,limpa,hati & sum-sum tulang.

Simptom-Simptom Klinikal

T Pucat,lemah,letih & sukar untuk bernafas

T Anaemia

T Demam yang berkaitan infeksi

T Thrombocytopenia

T Lymphadenopathy,splenomegaly & hepatomegaly

T Sakit kepala & muntah-muntah disebabkan lymphoblast boleh infiltrate CSF

T Sakit Tulang

Penyiasatan Makmal

Haematology Profile:

· Hb:Rendah

· RBC:Normochromic Normocytic

· Platelet:Thrombocytopenia

· WBC:Variable(tinggi,rendah,normal). 10% kes adalah pancytopenia semasa pendiagnosannya dan terdapat banyak sel-sel blast dalam smear darah.

Bone Marrow

Hypercellular dengan proliferasi sel Lymphoblast hampir 100% dalam sum-sum tulang.

Cytochemistry

Cytochemical Stain

Peroxidase/Sudan Black Negatif

Periodic Acid Schiff Positif (Block)

Acid Phosphatase Positif (T-ALL)

Immunophenotyping (Marker Studies)

Markers yang didiagnostik ialah:

CD10-Common ALL

CD2,3,5,7-T-ALL

CD19-B-ALL

CD20-B-ALL

Cytogenetic Studies (Kajian Kromosom)

T Hyperdiploidy (47-60)-prognosis baik

T Hypodiploidy (<46)-prognosis

T ALL-t (1,19),t(9,22)

T L3-t(8,14)-diagnostik

Molecular Analysis:

Menggunakan probe molecular untuk mengesan selular fenotip di peringkat RNA dan DNA.

KLASIFIKASI FAB-ACUTE LYMPHOBLASTIC LEUKAEMIA (ALL)

L1 Saiz sel kecil,bentuk homogeneous,high N/C ratio,nukleus bulat & regular,nucleoli tidak jelas (inconspicuous).

L2 Saiz sel lebih besar,pelbagai bentuk (heterogeneous),low N/C ratio,variable basophilic dalam sitoplasma,nukleus yang irregular dan kromatin kasar,nukleoli kelihatan jelas (conspicuous).

L3 Saiz sel besar dan berbentuk regular,Sitoplasma agak luas dan berwarna biru gelap/basophilia serta bervakuol,nukleus bulat dan nukleoli jelas.


ACUTE MYELOID LEUKAEMIA (AML)

Pendiagnosan Acute Leukaemia >30% sel-sel blast dalam sum-sum tulang.Leukaemia Akut diklasifikasikan sebagai AML sekiranya terdapat >3% sel blast yang menunjukkan Peroxidase positif.AML-80% acute leukaemia adalah dewasa dan 15-20% adalah kanak-kanak.AML adalah leukaemia yang paling umum di peringkat neonates.AML terdiri daripada sel-sel blast dari siri Myeloid.Indikator yang paling biasa terdapat dalam sitoplasma Myeloblast adalah Auer’s Rods.Auer’s Rods hanya terdapat pada Myeloblast dan Promyelocytes dan disebabkan oleh penggumpulan atau fusi primary granules.

SIMPTOM KLINIKAL

T Anaemia-pucat,lemah,letih & dyspnoea (sukar untuk bernafas)

T Neutropenia-demam & jangkitan

T Thrombocytopenia-bleeding,bruishing & petecchial

T Splenomegaly,hepatomegaly & lymphadenopathy-50% kes berkaitan dengan infiltrasi sel tumor.

T Sakit tulang & tulang lembut-berkaitan dengan proliferasi sel marrow yang meningkat.

PENYIASATAN MAKMAL

Haematology Profile

· Hb: Rendah

· RBC: Normochromic normocytic.Terdapat juga sel seperti makrosit , tear drop cells , elliptocyte,schistocytes,spherocytes,Basophilic stippling & Nucleated Red Blood Cell (NRBC)

· Platelet:Thrombocytopenia

· WBC:Variable (tinggi,rendah,normal).Terdapat banyak sel-sel blast dalam smear darah.Auer’s Rod mungkin didapati dalam sitoplasma sel-sel blast .Terdapat juga sel-sel Promyelocyte,Myelocyte & Metamyelocyte.Neutropenia.

Bone Marrow

Hypercellular.Sel-sel blast lebih daripada 30% dalam sum-sum tulang.

Cytochemistry:Bezajenis Acute Leukaemia

Cytochemistry Stains

Peroxidase/Sudan Black B Positif

Esterase (Specific Esterase) Positif

Periodic Acid Schiff Negatif

Acid Phospatase Negatif

Alpha-Naphthyl Acetate Positif (M4&M5)

Serum/Urine Muramidase/Lysozymes Positif (M4&M5)

Immunophenotyping (Marker Studies)

Cytogenetic Studies (Kajian Kromosom)

T M2 t (8,21)

T M3 t (15,17)

T M4 Inv 16

T M5 Translocation atau deletion kromosom 11

Molecular Analysis

Menggunakan molecular probe untuk mengesan selular fenotip di peringkat RNA & DNA.

Klasifikasi FAB ACUTE MYELOID LEUKAEMIA (AML)

M0 Undifferntiated AML

M1 AML with minimal maturation

M2 AML with maturation

M3 Acute Promyelocytic Leukaemia

M4 Acute Myelomonocytic Leukaemia

M5 Acute Monocytic Leukaemia

M6 Erythroleukaemia atau Di Guglielmo Syndrome

M7 Acute Megakaryocytic Leukaemia atau Acute Myelofibrosis

RAWATAN

ALL

Prognosis berbeza bergantung kepada simptom dan jenis ALL.Kebanyakkan kanak-kanak tidak akan relapse tetapi jangka hayat untuk orang dewasa hanya 18 bulan walaupun diberi rawatan cytotoxic therapy.Bone Marrow transplantation adalah pilihan terbaik untuk dewasa.

AML

Prognosis adalah tidak baik.Cytotoxic therapy digunakan untuk memusnahkan sel leukaemia.Pemindahan sum-sum tulang secara autologous boleh digunakan tetapi risiko kehadiran sel leukaemik tetap ada.Sum-sum tulang dari penderma yang serasi adalah pilihan terbaik untuk pesakit bawah umur 40 tahun bagi mengelakkan komplikasi penyakit GVH.

PERINGKAT-PERINGKAT RAWATAN

Rawatan untuk Leukaemia Akut dijalankan mengikut fasa-fasa.

T Induction- peringkat pertama rawatan memfokuskan untuk memusnahkan sel-sel leukaemia di dalam sum-sum tulang,memastikan darah dapat kembali berfungsi dengan baik,dan memulihkan mana-mana simptom yang terdapat dahulu.

T Consolidation- peringkat ini memfokuskan untuk memusnahkan mana-mana sel leukaemia yang masih terdapat dalam sistem saraf pusat (central nervous system).

T Maintenance- peringkat akhir ini melibatkan pengambilan dos tablet kemoterapi secara berkala bagi menghalang leukaemia kembali terjadi.

Maintenance tidak selalunya digunakan untuk rawatan Acute Myeloid Leukaemia (AML) kerana ia hanya efektif dalam rawatan Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL).

PROGNOSIS

Hasil rawatan untuk kanak-kanak dengan ALL pada kebiasaannya adalah bagus.Hampir kesemua kanak-kanak akan sembuh daripada simptom-simptom dan 80% daripadnya akan sepenuhnya sembuh.Hasil rawatan untuk dewasa dengan ALL pula adalah kurang iaitu hanya 40% akan sembuh sepenuhnya.Hasil rawatan bagi pesakit AML adalah pelbagai kerana terdapat bilangan sub-jenis AML,sesetengah daripadanya adalah agak sukar untuk dirawat berbanding yang lain.Sesetengah jenis AML mempunyai tahap sembuh 75%,manakala yang lain hanyalah 20%.Golongan yang lebih muda adalah lebih baik untuk sembuh berbanding mereka yang lebih tua.