YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Thursday, May 21, 2009

Farewell Dinner Adida's Batch

The best dressers
(from the left: Calif, En.Salleh,Puan Rohani,Ani)

A little bit about our farewell dinner : May 19th 2009 but not much on the event or pictures.I will publish a special post on that in the next time...Now what i can share with CALIPHORENIA readers is my speech during the event:
Bismillahirrahmanirrahim...
Terima kasih kepada saudara dan saudari pengerusi majlis.Yang berhormat Tuan Pengarah Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kuala Lumpur,En.Salleh bin Ismail.Yang berbahagia,En.Awang bin Damit selaku timbalan pengarah Hal Ehwal Pelajar.Yang disayangi,Puan Adida binti Hassan selaku penyelaras kumpulan ambilan Julai 2006-Jun 2009,barisan pengajar-pengajar kanan,para pengajar,staff-staff dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi dapat kita bersama-sama berkumpul dalam ballroom ini untuk satu majlis farewell dinner.
Assalamualaikum dan salam ceria.

Izinkan saya membahasakan para hadirin dengan perkataan dif-dif kehormat sekalian.
Saya selaku presiden batch ini mewakili 71 orang pelatih merakamkan jutaan terima kasih dan dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para dif kehormat sekalian ke majlis kami ini.Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menghargai para dif kehormat sekalian dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Dif-dif kehormat sekalian,

Tiga tahun telah ditempuhi dengan 1001 macam perkara untuk sampai ke tahap ini.Pembelajaran di kolej dan menjalani latihan praktikal di hospital selama 1 tahun.Secara jujurnya,satu detik yang tidak akan dapat dilupakan adalah ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sini.Bayangkan betapa berbezanya kami ketika itu dengan kami yang sekarang ini.Ya,dalam dewan yang sama.Dewan yang telah menyaksikan penyatuan kami ketika permulaan dahulu yakni orientasi.71 orang pelatih yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 61 orang perempuan.Tidak dilupakan Koperal Rasinin Rajinin yang pernah bersama-sama suatu ketika dahulu.
Men in labcoat...emm numph
(from left: Ustaz,Aidil,Adam,Pa'an,Ikhwan,Abe,Azim,Kumar,Bob,Bro)
Dif-dif kehormat sekalian,
Dahulunya,rata-rata daripada kami tidak mengetahui tugas sebenar MLT ini.Ramai yang beranggapan bahawa tugas MLT ini adalah technician yang membaiki peralatan perubatan.Ramai masyarakat di luar sana juga tidak menyedari wujudnya barisan hadapan 'di belakang tabir' perubatan,yang membantu dalam menjalankan pelbagai ujian diagnostik.Inilah barisan Juruteknologi Makmal Perubatan (Medical Laboratory Technologist) dan di kolej inilah lahirnya mereka itu.Kami berbangga dapat menimba ilmu di sini.

Dif-dif kehormat sekalian,

Tiada apa yang lebih menggembirakan kami selain daripada mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang.Perasaan kini bercampur baur di antara gembira dan sedih.Sedih,kerana bakal meninggalkan warga kolej juga berpisah daripada rakan-rakan.Gembira,apabila bakal diserap ke alam pekerjaan kerana itulah impian kami,dapat berbakti kepada kedua ibu bapa,menyara keluarga dan sebagai punca rezeki yang halal.
Dif-dif kehormat sekalian,
Tamatnya kami di sini bukan bermakna perjuangan kami telah terhenti.Tidak,sekali-kali.Masih panjang dan jauh lagi perjalanan serta ranjau yang bakal ditempuhi.Ini merupakan satu titik permulaan.Kami begitu berharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesihatan sejagat.Doakanlah kami.Usaha murni ini bertepatan dengan tugas kita sebagai khalifah di dunia ini.Allah berfirman di dalam al-Qur'an:
"Sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa maka seolah-olah dia telah menyelamatkan nyawa umat sejagat".Tugas sebagai MLT secara tidak langsung bertindak seperti the little angels/malaikat kecil untuk kesejahteraan manusia.Bukan itu sahaja,kita seharusnya selalu ingat,hidup kita adalah berdasarkan kepada graf dan matematik.Emm...bukan dalam biokimia sahaja ada Levey & Jenning graph.Graf yang dimaksudkan adalah garis menegak (paksi -y) untuk hubungan kita dengan yang di atas,iaitu Tuhan dan garis melintang (paksi-x) untuk hubungan kita sesama manusia.Garisan linear di tengah merujuk pula kepada hubungan kita dengan alam dan segala ciptaan-Nya.Ingatlah hadist ini,"Sesiapa yang ingin dicintai oleh mereka yang berada di langit,hendaklah terlebih dahulu menyayangi mereka yang ada di bumi,".

Dif-dif kehormat sekalian,

Ketika dunia heboh dengan pelbagai penyakit seperti virus Influenza A (H1N1),meningitis serta leptospirosis,kita perlu sedar bahawa kita memerlukan kualiti dan pakar yang mampu membantu doktor dan hospital.Dan kelompok itu tidak lain dan tidak bukan adalah the little angels tadi.
Puan Adida: third from left in the back
Dif-dif kehormat sekalian,
Kolej Teknologi Makmal Perubatan adalah tempat jatuh dan bangunnya kami .Pelbagai perkara yang dapat kami belajar di sini selain daripada teori yang mantap dan sesi amali yang menyeronokkan.Semangat persahabatan dan kekeluargaan terjalin erat sesuai dengan moto Kementerian Kesihatan iaitu Penyayang,Profesionalisme dan Kerja Berpasukan.Kepada para pengajar,terima kasih di atas segala ilmu.Jasa dan budi baik kalian tidak akan kami lupakan.Treima kasih juga kepada staff-staff yang banyak membantu serta rakan-rakan yang banyak memahami dan berkerjasama.Ucapan terima kasih kepada bonda,Puan Adida yang tidak penat-penat melayan kami yang nakal ini.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.Juga tidak lupa yang paling penting kedua ibu bapa kita.
Ucapan terima kasih kami dalam bahasa Mandarin:
Wo men shier-shier ni men laosher tde qong ci en

Ucapan terima kasih kami dalam bahasa Tamil:
Nanri..unggalin anbukkum udhavigalukum naan mige kadamai pattirukkiren

Di sini kami memohon ribuan kemaafan di atas apa sahaja kesalahan kami dan sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para dif kehormat ke majlis ini.

Sebelum berpisah terimalah serangkap pantun daripada kami:

Kalau ada tumour yang radang,

Jangan didiagnos Toxoplasma gondii,
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Sekian,terima kasih

This speech is under Copyright @ Mohd Ikhwan Che Kar
After the event we rearrange the hall,exhausted
BLOGGING OFF

No comments: