YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Sunday, March 22, 2009

Untitled

Penting atau tidak seseorang Muslim itu mengetahui tarikh hari lahirnya dalam kalendar hijrah?
Jawapan aku,pentinglah sebab kita ada dua kalendar,satu Gregorian dan satu Hijrah.Kedua-duanya penting sebab melalui pengukuran peredaran matahari dan juga bulan.Pertama kali aku tahu hari lahir aku dalam hijrah adalah masa kat UiTM Arau dulu.Masa Karnival anjuran Pusat Islam.Terujalah wei sebab dalam satu tahun dapat sambut 2 hari lahir.Syukur 2x...

Alkisah sebuah ceritera
Ayah aku lahir 27hb Julai 1963 kalau ditukarkan kepada hijri jadilah 06 R'Awal 1383
Mak aku pulak lahir pada 03hb Februari 1963 yakni 08 Ramadhan 1382
Maka berkahwinlah mereka berdua
Jadik lahirlah aku yang comel ini....(ha..ha...) 05 September 1987 bersamaan 11 Muharram 1408

Tahun 2008 adalah satu tahun yang penuh banyak perkara berlaku dalam hidup aku...
Pada tahun ni lah adik bongsu aku meninggal (Irfan kerana Acute Lymphoblastic Leukaemia).Sedih aku... semoga Allah sentiasa bersamanya.Ameen....
Tahun 2008 merupakan tahun aku berada di lapangan (jabatan patologi hospital) untuk praktikal.Ni semasa aku semester 4 dan 5.Sempat berpuasa sebulan dekat rumah dengan satu famili dan sanak saudara.Tu yang membuatkan aku gembira.Ye lah bila dah mula bekerja dah balik untuk raya entah dapat entah tidak...Ooooo...
Tahun 2008 adalah merupaka satu-satunya tahun di mana tarikh hari lahir Masihi aku sama dengan tarikh lahir Hijrah aku: 05 September 2008 bersamaan 05 Ramadhan 1429 dan jatuh pulak pada hari Jumaat.Ya Allah,sentiasalah Engkau memberi hidayah dan rahmat kasih sayang-Mu kepada kami.Ameen....
Dan aku berkira-kira lagi,
Pada tahun 2020 aku akan berumur 33 tahun.Kenapa 33 tahun.Entahlah..tapi aku begitu obses dengan nombor ni.33 satu nombor yang begitu signifikan untuk aku.

Dan aku mencongak lagi,
Tahun 2025,pada umur 38.Tarikh lahir aku akan sama dengan tarikh lahir Rasul Junjungan:Muhammad (s.a.w) -12 R'Awal 1447
Pada umur aku mencecah 56 tahun,barulah aku akan bersama-sama menyambut hari lahir aku berserta Hari Raya Aidilfitri bersama-sama jutaan umat Akhir Zaman,1 Syawal 1465 tahun 2043

Dan aku mula membuka ilmu hisab dan logik,
Pada tahun 2052 dan pada ketika itu aku dah pun berumur 65 tahun.Tarikh lahir aku pada ketika itu akan kembali kepada asal iaitu 11 Muharram 1575

Emm...Ikhwan..Ikhwan..kenapalah kau duk sibuk sangat meramal-ramal ni,sepatutnya kenalah buat amal.Manusia tak tentu bila mati.

BLOGGING OFF!

No comments: