YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Sunday, July 29, 2012

the SUNDAY Book #2: Cinta Tanpa Noktah

Zul akhirnya pulang ke rumahnya pada lewat senja itu. Sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya, dia mendapati Ariffin sedang tekun bermain dengan alat permainan video Playstation 2. Matanya tepat kepada kaca TV LCDnya ketika sedang bermain dengan permainan Grand Theft Auto: San Andreas. Dia sedikit pun tidak menoleh ke arah Zul. Seolah olah dia masih berada seorang diri di dalam rumah itu ditemani JP.
JP mengiau ngiau ke arah Zul. Dia ingin mendapatkan perhatian Zul, tetapi Zul tidak melayannya.
Zul duduk di sofanya. Dia memandang ke arah Ariffin. JP mengiau sekali lagi sebelum duduk di kaki Zul.
"Exams Art semuanya dah selesai?" tanya Zul kepada Ariffin.
Tangannya meraba raba janggutnya yang dipotong pendek itu. Wajahnya nampak lesu. Rambutnya kusut tak terurus.
"Dah," jawab Ariffin ringkas dengan matanya masih terpaku ke depan. Kedua belah tangannya sibuk menekan nekan butang konsol.
"Bila mulanya cuti semester Art tu?"
"Hari inilah kot... lepas ni dah tak ada apa lagi sehinggalah semester baru naik nanti."
"Art cadang cadang nak ke mana?"
"Duduk rumah jer," Ariffin menyorong tubuhnya ke depan. "Kenapa?"
"Jom kita pergi bercuti..."
"Bercuti?"
"Ya. Kita bawa Jali sekali."
"Untuk apa?"
"Rehatkan fikiran..."
"Bercuti ke mana?"
"Kita ke Bali," wajahnya terlukis harapan agar Ariffin bersetuju dengan cadangannya ini. "Abang tahu Jali ada simpan cita cita untuk ke Ubud untuk melihat lukisan lukisan di sana. Dia pernah beritahu abang salah satu cita citanya adalah untuk ke sana bersama Art-"
"Jangan main mainlah bang!" Ariffin menekan butang pause untuk memberhentikan permainannya. Dia menoleh ke arah Zul.
"Abang tak main main," kata Zul walaupun fikirannya mengerawang memikirkan beberapa hal yang lain.
"Saya takde duit nak ke Bali. Jali lagilah tak ada duit. Dia berangan jer lebih... nak pergi Balilah... nak pergi Parislah-"
"Tak apa. Korang berdua tak perlu fikirkan tentang itu semua."
"Saya tak ada pasport antarabangsa. Saya rasa Jali pun sama macam saya."
"Buat pasport sekejap jer... tak lama," sahutnya dengan bersungguh sungguh.
"Entahlah... nanti saya fikirkan."
"Kenapa Art perlu fikirkan?" suaranya tajam bertanya.
Dia sedar Ariffin mungkin tidak boleh berenggang lama dengan dadah sebab itu dia perlu mengambil masa untuk mengambil keputusan ini. Tapi, dia tidak mahu bertanyakan Ariffin tentang hal ini.
"Takdelah... saya tak nak abang berhabis duit macam ni," Ariffin memberi alasan. "Abang bawa jerlah si Jali tu sorang."
Zul menggigit hujung jarinya. Lidahnya terkunci. Tubuhnya bergerak ke depan dan ke belakang. Sedetik kemudian dia memberanikan dirinya untuk mengeluarkan seutas rantai dari dalam  kocek bajunya.
"Ini untuk Art," Zul menyerahkan rantai tersebut kepada Ariffin.
Rasa terperanjat mengukir garis di wajah Ariffin. Dengan ragu ragu dia mencapai rantai tersebut daripada tangan Zul.
"Kenapa ni, bang?" tegurnya perlahan. Dia masih tersentak dengan tindakan Zul menyerahkan rantai itu kepadanya. Matanya terus meleret ke wajah Zul.
"Jadi, selama ini Art tahu siapa abang sebenarnya?" suaranya tebal dengan keinginan untuk mendapatkan jawapan yang jujur dari Ariffin.
"Ya," katanya dengan suara yang keras. "Saya masih boleh ingat lagi kepada wajah abang dan kereta abang yang berhenti dekat dengan van yang dibawa arwah bapa saya dulu."
"Apa yang boleh Art ingat?"
"Abang datang untuk tolong kami sekeluarga. Abang cuba keluarkan saya dari keadaan saya tersepit, tapi gagal. Rantai abang ini tercabut dari dalam gengaman saya. Kemudian, abang kata saya perlu hidup... saya tak tahu apa yang berlaku selepas itu."
Zul termenung dengan rasa penuh bersalah. Dia meraba raba bahagian belakang tengkuknya.
"Art tahu apa yang telah menyebabkan kemalangan itu?"
"Saya tak tahu bang... waktu kejadian tu berlaku saya sedang tidur. Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin sepupu sebelah bapa saya di Kuala Sepetang. Waktu tu, hari dah lewat malam, tapi bapa saya tetap berdegil nak balik ke Yan. Entahlah... saya rasa kemalangan tu berlaku sebab dia terlalu penat... semuanya berpunca daripada kecuaian dia!" rasa dendam kemudian meresap ke dalam dirinya. "Saya benci dia kerana dia cuai!"
Petikan buku 
' CINTA TANPA NOKTAH ' 
oleh Nizam Zakaria

Until Then, See You Soon.

Sunday, July 22, 2012

the SUNDAY book: Macedonia

Pada usia Alexander 24 tahun, pengembaraan diteruskan merentasi padang pasir luas. Selepas tujuh hari mengharungi panas terik padang pasir, mereka tiba di pintu masuk Mesir, iaitu bandar Pelusium yang terletak di sebelah Timur Delta Nil. Gabenor kerajaan Parsi tanpa banyak bicara menerima perdamaian tawaran Alexander kerana menyedari tiada untungnya menentang kemaraan pasukan Alexander tersebut.

"Mesir!"
Perdiccas menjerit keriangan tatkala terpandang landskap yang terbentang luas dari menara tinggi Kota Pelusium. Dia dapat melihat aliran perlahan sungai, lambaian dedaun papirus di sepanjang terusan dan pokok kurma yang lebat dengan buah.

"Sukar untuk mempercayai apa yang dilihat. Selama ini saya menyangka itu semua merupakan mitos rekaan sejarawan sahaja. Mesir, negara yang kaya dengan sumber alam ciptaan Tuhan dan menjadi pusat dunia, " Leonnatus mencelah dengan sinaran mata yang menyala galak.

Ketika itu, Alexander dan para sahabat diraikan di atas pelantar luas di salah satu menara Kota Pelusium. Hidangan berupa buah buahan segar dan minuman sejuk menjadi santapan mereka. Mereka bersantai sambil memerhatikan keindahan ciptaan Tuhan di hadapan, terbentang menghijau menyegarkan pandangan mata.

"Lihat! Lihat di hadapan, di tengah sungai! binatang besar apakah itu? " Leonnatus berteriak sambil menunjuk ke arah air sungai yang seolah olah mengelegak. Buih buih muncul di permukaan.

"Buaya. Memang banyak di sini. Ingat, tuan tuan, jangan berenang di sungai sungai di Mesir ini kerana buaya memang banyak," Kata penterjemah Greek bernama Aristoxenus.

"Binatang apakah itu? Lihat di sana! Ia kelihatan bagaikan babi besar!" Leonnatus berteriak lagi seumpama seorang kanak kanak kecil.

"Itu hippopotamoi, nama pangggilan orang orang Greek," Aristoxenus memberikan makluman.

"Kuda kuda sungai. Demi Tuhan, beta percaya bahawa Bucephalus akan tersinggung seandainya dia mengetahui kita memanggil binatang besar itu kuda, " Alexander berseloroh. Baginda sudah sihat sepenuhya. Wajah cerianya terpancar keimanan kepada Allah.

Aristoxenus memberi penjelasan akan kewujudan dan sifat sifat haiwan yang dibicarakan. "Ia hanya kata kata metafora, Tuanku. Binatang itu tidak merbahaya kerana mereka hanya makan rumput dan rumpai. Namun begitu, mereka boleh menterbalikkan bot besar dan perahu andai banyak bilangannya. Lalu, mangsa berkemungkinan menjadi habuan buaya buaya sebaik sahaja terjatuh ke dalam sungai."

"Sebuah negara merbahaya" Ujar Seleucus yang menjadi pemerhati senyap sedari tadi sambil menikmati pemandangan menakjubkan yang belum mereka pernah melihatnya.

"Apa yang bakal terjadi seterusnya, Tuanku?" Seleucus bertanya kepada Alexander.

"Beta kurang pasti. Namun beta percaya kita akan diterima sebagai kawan seandainya kita mengambil inisiatif memahami budaya mereka. Pada pemahaman beta, mereka merupakan golongan manusia baik dan bijak, sekaligus memiliki kebanggaan tersendiri."

"Memang benar. Mesir tidak pernah bertoleransi dengan dominasi pihak luar dan Parsi tidak memahami fakta tersebut. Kerajaan Parsi melantik gabenor dan askar upahan di sini. Justeru, warga Pelusium dan wilayah wilayah lain di Mesir memberontak dari semasa ke semasa, dan akhirnya digempur secara ganas, " akui Eumenes.

"Adakah kita berbeza?" Seleucus bertanya.

"Kita berbeza justeru kita akan menghormati agama dan budaya rakyat Mesir. Mereka mempercayai secara utuh agama ketuhanan dan kehidupan selepas mati. Kita perlu memahami kepercayaan agama mereka dan beradaptasi dengannya."

Alexander jeda sebentar sebelum berkata lagi, " Esok, armada kita akan tiba ke sini. Selepas itu, kita akan ke Memphis, ibu kota negara Mesir."

Petikan buku 
' MACEDONIA : ALEXANDER AGUNG ' 
oleh Web Sutera

Until Then, See You Soon.

Saturday, July 21, 2012

The Return 1433

Hell yeah, it has been ages i didn't post any entry to the wall. I'm really sorry guys i'm a very bad blogger right now!
So here we go again and today is the premiere new season of my weblog.Firstly, i can't think of a better way to start than giving a million of thanks... to the internet surfers that visit my weblog. That of course means YOU! (if i got ones, haha) 

It's 1.35am and i should be in my bed. Next few hours must be wake up so early for sahur.. It was very cool to have Ramadhan.. Now, i transfered to the state and i met a handful of interesting people. I kinda just go with whatever comes my way.
Last before i ends the entry... i'm sorry to say that i had to inactivate this Weblog without any notice for almost one and half years. I'm working very hard on my recovery and hey, thanks to everyone for being there and continuing give me your support.Your support and affection means to me.

Until then, See You Soon.
Have a good weekend. everyone.