Mengikut teori, Tsunami dicetuskan oleh sama ada gempa bumi,bendalah daripada langit yang jatuh seperti cerita Deep Impact,atau bongkahan ais yang jatuh kat nun jauh di Kutub Utara Selatan.Rata-rata memang tersedia maklum bahawa gempa bumi berlaku akibat pergerakan plat tektonik dan amat jarang yang tahu mengenai kesan yang boleh dibawa oleh tarikan graviti gerhana.Sebenarnya tarikan graviti daripada gerhana (apabila bumi berada sejajar dengan matahari,bulan atau planet lain) akan memangkin dan mencetus aktiviti seismik samalah seperti enhancement reagent yang kita belajar untuk Blood Bank (Liss,polyethelene glycol,albumin,hexadimethine bromide,etc).
Ramalan mengatakan kejadian (gempa bumi) ini akan berlaku sekitar 3pm-7pm (tempoh gerhana) bakal mengakibatkan bencana yang besar (Tsunami)di negara-negara sekitar termasuk Malaysia (Sabah Sarawak, Pantai Timur Semenanjung),Singapura ,Filipina,Selatan Korea dan China,negara IndoChina,Pantai Timur Sumatera malah ada yang mengandaikan Australia dan New Zealand mungkin terdedah kepada bencana ini juga.
Gempa bumi dan Tsunami 26 Disember 2004,ombak sampai menyapu pantai benua Afrika.Gempa dan Tsunami 22 Julai 2009 yang diramalkan pula bakal menyapu Pantai benua Amerika.Tsunami hari itu banyak le pulak ikan-ikan yang tiba-tiba timbul.Baru-baru ni kan banyak betul benda-benda pelik dari laut timbul macam sotong kat Terengganu.Entahlah...
Walau bagaimanapun, kesahihan berita ini wajar diragui kerana sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh agensi-agensi meteorologi & kaji bumi dari mana-mana negara, kecuali sedikit kenyataan dari seorang professor fizik, Universiti Tokyo yang meramalkan kejadian ini tanpa apa-apa asas atau kajian lanjut.
Apapun, bumi kita ini sudah semakin lanjut usianya. Dan, gempa bumi yang semakin kerap dan silih berganti berlaku di Timur telah lama di ceritakan sebagai salah satu daripada tanda-tanda kiamat.
p/s : tahun lalu aku sering bermimpi pasal Tsunami.Aku lihat ada objek muncul daripada langit,kemudian langit gelap,ketika itu aku kat tepi pantai,orang ramai,burung-burung putih dengan banyaknya muncul,ikan-ikan dolphin pun aku ada nampak.Pantai tiba-tiba terseret tiada air,kemudian ombak besar datang,ramai bertempiaran lari.Memang betul aku mimpi tsunami melanda pantai timur semenanjung Malaysia.Memang dasyat..tapi dalam mimpi aku tu jambatan yang menghubungkan Sumatera dan Pulau Jawa runtuh(tapi jambatan tu mana diorang buat lagi kan).Tsunami yang aku mimpi tu menyapu pantai-pantai di Utara Australia sekali terutamanya Christmas Island.Bencana tu reda setelah aku mendengar suara azan.Ini cuma mimpi aku je...
BLOGGING OFF
3 comments:
hopefully nope...
owh
tidak semua gempa bumi mampu mencetuskan tsunami global. di dlm sejarah manusia, hanya ada 3 tsunami global pernah direkodkan, iaitu:
1 - tsunami yg tercetus akibat letusan gunung berapi krakatoa di indonesia pada 1893. keseluruhan pulau ktakatoa tenggelam ke dasar laut selepas letusan, mencetuskan tsunami sehingga ke utara dan timur australia, malaysia, thailand, pantai barat myanmar, bangladesh dan sebahagian india. letusan itu juga mengakibatkan seluruh dunia begelap selama lebih seminggu kerana cahaya matahari terhalang oleh debu dan asap gunung krakatoa.
2- gempa bumi bawah laut yg berlaku di utara jepun, dlm bacaan 8.3 pada skala richter sekitar tahun 30-an telah mencetuskan tsunami sehingga ke pantai california, filipina dan kepulauan pasifik selatan termasuk hawaii
3- gempa bumi di dasar laut acheh, telah mencetuskan tsunami sehingga ke pesisir pantai afrika. gempa yg berlaku adalah luar biasa, kerana melibatkan pergerakan hampir keseluruhan plat tektonik bawah laut yang terjatuh ke bawah, mencetuskan ombak besar.
objek dari langit pula, jarang jatuh ke laut (kecuali yg bersaiz kecil dan tidak mencetuskan tsunami). Mungkin kehendak Allah, semua asteroid yg besar jatuh di daratan, dgn yg terbaru asteroid sebesar rumah 2 tingkat yg terhempas di kawasan yg tidak dihuni manusia di siberia, russia beberapa tahun yg lalu.
bongkahan ais di kutub yg tercerai dan jatuh ke laut tidak sama sekali mencetuskan tsunami...
di dalam sejarah tamadun manusia, negara jepun adalah negara yg paling kerap berlaku tsunami (local) melibatkan beberapa siri gempa bawah laut yg kecil di epsisir pantainya sendiri. sbb tu dinamakan tsunami (bahasa jepun) yg bermaksud ombak besar.
Post a Comment