YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Wednesday, April 29, 2009

Jasamu tetap dikenang wahai guruku

Temuramah aku bersama dua pengajar yang bakal bertukar:
Puan Boob Pa a/p Init adalah salah seorang daripada pengajar Haematologi.Beliau berasal daripada Sik,Kedah Darul Aman.Anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.Status,sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak-2 lelaki dan seorang perempuan.Selain daripada modul Haematologi,beliau juga turut mengajar peralatan makmal (laboratory instrumentation) untuk semester 1.
Beliau merupakan penyelaras atau co-ordinator untuk batch Januari'06-Disember '08 iaitu batch senior sebelum kami.Selain daripada itu beliau pernah menjadi penyelaras untuk kursus pos basik sebanyak 3 kali iaitu haemostasis 2 dan pengurusan makmal 1.
Pernah berkerja untuk Amanah Ikhtiar Malaysia.Kerjaya beliau bermula daripada Juruteknologi Makmal Perubatan,first posting di Hospital Besar Kuala Terengganu pada 1hb November 1993(setahun).Kemudian bertukar ke Kuala Neran selama 6 bulan sebelum ke Hospital Baling selama 4 tahun.Pada tahun 1998,beliau bertukar ke Perlis dan pada 2 tahun berikutnya beliau kembali ke Baling dan bekerja di sebuah Klinik Kesihatan Kupang serta turut menguruskan 5 buah klinik di sekitar Baling .Sambil-sambil itu beliau mengambil kursus mengajar di UNISEL. Kerjaya ini berterusan sehinggalah beliau dilantik menjadi pengajar.
Beliau menjadi pensyarah di Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kuala Lumpur bermula pada 06hb Ogos 2002 sehinggalah akhir bulan April tahun ini.Dalam 6 tahun dan 8 bulan jugalah beliau mencurah bakti di sini.
Kenangan manis beliau adalah apabila apabila dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang berbeza-beza dan apabila batch jagaan beliau dapat bersatu dan berakhir dengan happy ending.Hobi beliau adalah menjahit dan mengait.Harapan untuk warga kolej terutamanya para pelatih,berusaha untuk berjaya dan berharap modul haematologi sentiasa mempunyai kesinambungan.Kitaorang memang sayangkan puan.Beliau akan bertukar ke bahagian latihan di Putrajaya.

p/s aku temu ramah beliau dekat Medan Selera petang semalam...susah nak berjumpa beliau sekarang.Beliau singgah dekat kedai adik beliau dan on the way nak pergi joging kat Tasik Titiwangsa

Cik Noor Fazilah binti Mohd Fadzee juga merupakan pengajar Haematologi.Selain daripada modul haematologi beliau turut mengajar immunologi untuk semester 1.Beliau merupakan ketua immunologi bagi semester 1.Berasal daripada Pulau Pinang.Status,masih single....tapi emm..mesti confirm dah berpunya.
Beliau pernah menjadi guru sandaran tak terlatih (GSTT) di 5 buah sekolah menengah di negeri kelahiran beliau selepas sahaja grad. daripada UPM (2003-2005).Mengajar untuk 6 subjek iaitu Sains ,Kimia,Biologi,Matematik,Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni.
Selepas itu beliau menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta.Pernah menjawat sebagai Ketua Jabatan Bioteknologi (2005-2006) di kolej berkenaan.Beliau memulakan kerjaya di Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kuala Lumpur pada 19 April 2007 sehingga akhir bulan April tahun ini.Dalam 2 tahun beliau di sini.Beliau masuk semasa akhir semester dua kami,jadi kami hanya berpeluang belajar daripada beliau semasa semester 3 dan 6 sahaja.
Kalau nak tahu beliau bergiat aktif dalam aktiviti seperti tarian,pantun,kebudayaan dan pandai mencetus idea.Hobi suka tengok movies tapi kat rumah la.Pengalaman manis adalah apabila dapat berkerja di kolej ini dan apabila setiap program yang diuruskan berjaya.Seronok semasa camping di Dusun Eco Resort,Lembah Pangsun dan yang terbaru semasa menyertai rombongan kolej ke Port Dickson.Harapan beliau agar setiap pelatih berjaya dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

p/s : dua orang pengajar bertukar ke tempat baru,seorang cuti bersalin.Tinggallah dua orang pengajar Haematologi untuk uruskan persiapan peperiksaan akhir.Emm..dengar khabar En.Syahid dan Cik Kalai bakal diserap ke modul Haematologi tapi next sem lah.

SELAMAT MAJU JAYA.
BLOGGING OFF

1 comment:

Ananz said...

owh tatau lak pasal bio dorang nie... pape pun trimas laa kau dah temuramah dorang nie... hari tu beriya2 sangat kan...?? misi berjaya~!!!! yuhuuuu