YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Wednesday, April 15, 2009

Kau Sahabat Kau Teman...

Pihak Admin CALIPHORENIA dan batch Julai '06-Jun '09 mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham Aliff Ashraff.Pihak Admin mengetahui berita ini dalam waktu sebelum Isya'.

Perginya salah seorang sahabat kita Aliff (Senior batch Jan'05 - Dis'07) yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah.Beliau merupakan seorang yang cukup disenangi.Beliau telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja hari ini.Arwah Aliff ni adalah salah seorang yang sangat aktif dan kelakar habis masa di kolej dulu.Salah seorang penyerang bagi pasukan gabungan bola..pernah camping sekali dulu kat Dusun Eco Resort.Diharapkan semua rakan senior batch Januari 2005 - Disember 2007 juga tabah di atas kehilangan seorang rakan dan sahabat yang begitu rapat.

Sama-samalah kita berdoa agar arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.Al-Fatihah.....Bacaan Yaasin untuk beliau insyaallah akan diadakan di surau asrama kolej pada malam esok.

BLOGGING OFF

No comments: