YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Saturday, June 6, 2009

Tension mention...

Arghh..tensionnya aku.Saat aku menulis ni,aku baru sahaja menghabiskan semangkuk megi yang aku taruk 3 biji telur di dalamnya.Lapar siot.Tak reti nak tido pulak.Aku baru balik ni.Bukan pergi clubbing atau pegi main night futsal tapi aku dari hentian bas,baru menghantar Atuk aku pergi Kay ell.
Haa..nak tahu sebab apa tension.Bas janji datang pukul 9 malam tapi bas tu datang pukul 2.20 pagi.Bayangkan betapa terseksanya aku dan yang lain kat hentian bas tu menunggu.Dahlah Aku tak makan malam lagi,makan pun masa kenduri kesyukuran kat rumah adik nenek aku lepas Jumaat tadi.Majlis kesyukuran pasangan anaknya dengan warga Sudan.Kapal terbang kalau delayed pun,2 jam jer.Ni sampai 6 jam.Aku cakap ar bas apa,Mutiara.Lewat giler.Kawan kepada seorang penumpang sudah pun naik di salah satu hentian yang lain.Bas tu sepatutnya datang tetapi melencong ikut trip lain.Kepala hotak dia berjambul.Ramai kat situ mulai merungut sementelah menunggu sang mutiara.
Seorang anggota polis meminta kami membuat laporan polis berkenaan hal ini.Kami kerap kali telefon syarikat bas tersebut dan orang yang menjawab tu pulak banyak songeh macam budak darjah satu.Kami cuba meminta nombor telefon manager yang incharge perjalanan bas tersebut,sampai kesudah he tak bagi.Last-last sekali bagi jugak.Manager yang angkat panggilan tu macam tahu-tahu kami akan telefon.Banyak la alasan dia. Aku saman jugak kang syarikat ni biar lingkup.
Semasa sang mutiara ni datang,buat selamba de je,minta maaf pun tak.Lepas tu aku tanya,kenapa lewat.Dia cakap dengan muka tak bersalah,Ohhh...ada lori terbalik kat Bukit Tujuh.Aku nak kepastian lagi,"Habis tu confirm masuk berita tak?"."Masuk la" jawab dia.Orait,tak pe,aku tengok berita.Kalau tak de memang sah-sah semua kena kelentong.Tapi rasanya mungkin ada benarnya kot,sebab bas Transnasional pun datang lewat jugak.
Apa-apa pun berkata benarlah semasa orang telefon.Jangan berdolak dalih.Cakap tu cakap ni berbelit-belit.Orang sekarang dah cerdik...tak kena buat"i'll see you in court"or "kitaorang boikot".Ini adalah sekadar pandangan seorang penghantar Atuknya.Hormatilah pengguna anda.
Aku pergi rumah nenek aku nak ambik adik aku,dia ada tuition esok tapi sorang pun tak bukak pintu jadi aku ambik keputusan untuk balik rumah je.Esok ar aku pegi ambik dia.K.
BLOGGING OFF

2 comments:

Ananz said...

mana berita lori terbalik kat bukit tujuh>>>>????

Ικηωανκαιζεν ® said...

tak tau lah aku,semua da kena kelentong.Haa..ha...