Matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah pada 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah atau 5.28 PM (16 Jul) waktu Malaysia (KL) .Peristiwa matahari berada tegak di atas Kaabah dikenali sebagai Istiwa Utama matahari.Inilah masa yang paling sesuai untuk kita menyemak semula arah kiblat
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Ka'bah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan
segala apa yang kamu lakukan."
( QS. Al-Baqarah : 149 )
segala apa yang kamu lakukan."
( QS. Al-Baqarah : 149 )
“ Baitullah ( Ka'bah ) adalah kiblat bagi orang-orang di dalam Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Haram adalah kiblat bagi orang-orang yang tinggal di Tanah Haram ( Makkah ) dan Makkah adalah qiblat bagi seluruh penduduk bumi, Timur dan Barat dari umatKu”
( Hadith Riwayat Al-Baihaqi )
Sebagaimana yang kita ketahui kaabah adalah pusat bumi dan merupakan the most powerful energy point on the earth.Kajian saintifik telah menyokong teori ini.( Hadith Riwayat Al-Baihaqi )
Istiwa adalah fenomena astronomi di mana saat posisi matahari melintasi meridian langit. Dalam penentuan waktu solat, istiwa digunakan sebagai petanda masuknya waktu solat Dzuhur. Pada saat tertentu di sebuah tempat dapat terjadi peristiwa di mana saat posisi matahari berada tepat di titik Zenith (tepat di atas kepala) suatu lokasi di antara 23.5˚ garis lintang Utara dan 23.5˚ garis lintang Selatan.Solstice dan equinox. Saat nilai azimuth matahari sama dengan nilai azimuth lintang geografi sesebuah tempat maka di tempat tersebut terjadi Istiwa Utama iaitu peredaran matahari melewati zenith lokasi setempat.
Selain itu,buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.
No comments:
Post a Comment