Pada suatu ketika tatkala berjalan,baginda Nabi Sulaiman a.s melihat seekor semut sedang mencari-cari makanan di atas batu.Memikirkan keadaan sang semut yang mencari makanan di atas batu,baginda menjadi hairan kerana masakan ada makanan di atas batu kering di tengah padang pasir yang hangat membakar.Lalu baginda bertanya kepada sang semut untuk mendapatkan kepastian apakah yang sebenarnya dicari olehnya.
Tanya baginda kepada sang semut "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu di sini".Mendengar pertanyaan seorang nabi Allah,maka sang semut tanpa membuang masa menjawab "Wahai nabi Allah,sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah,aku amat percaya yang rezeki itu sememangnya di tangan Allah,aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang kering kontang pasti ada rezeki untukku".
Terpana dengan jawapan sang semut,Nabi Sulaiman bertanya kepadanya apakah makanan kegemaran sang semut dan berapa banyakkah makanan yang diperlukan olehnya selama sebulan untuk hidup.Semut memberitahu dengan jujur bahawa dia hanya memerlukan sebutir gandum untuk sebulan.
Dengan penuh gembira Nabi Sulaiman a.s mencadangkan buah fikirannya kepada sang semut,"Jikalau hanya sebutir gandum selama sebulan memadai untuk mu maka aku mampu menolongmu.Engkau kini tidak perlu lagi untuk mencari sebutir gandum di atas batu".Baginda kemudian mengambil sebuah bekas untuk sang semut tinggal dan diletakkan sebutir gandum agar dapat menyenangkan sang semut tanpa perlu berusaha dengan penat hanya untuk sebutir gandum.Lalu dibiarkan sang semut tersebut selama sebulan dan apabila cukup sebulan maka baginda datang kembali untuk memberi sebutir lagi gandum untuk bulan yang akan datang.
Namun alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati sang semut tersebut hanya makan setengah butir daripada gandum yang diberi sebulan dahulu dan bukan seperti yang diberitahu.Melihat keadaan demikian lalu Nabi Sulaiman berkata "Pembohong kamu! sebulan yang lalu kamu memberitahu yang kamu perlukan sebutir sebulan tetapi setelah sebulan kamu sebenarnya hanya makan setengah butir dan bukan sebutir".
Semut yang sentiasa jujur kepada dirinya dan orang lain terus memberitahu baginda "Benar aku bukan pembohong dan aku tidak berbohong,jika aku mencari di atas batu maka aku pasti makan apa yang ada hingga menyamai jumlah sama seperti sebutir gandum selama sebulan.Ini kerana makanan tersebut aku sendiri mencarinya dan rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak pernah lupa padaku walau sesaat.
"Namun apabila aku kamu letakkan dalam sebuah bekas yang kemudiannya kamu tutup maka rezeki kini aku bergantung kepada kamu dan aku tak percaya kepada kamu,justeru itu aku hanya makan setengah sahaja supaya ia dapat bertahan selama dua bulan.Aku takut kamu lupa tentang makanan aku".
Nabi Sulaiman diam dan menginsafi dirinya.Begitu hebat seekor semut yang dapat memberi satu gambaran baru kepada seorang nabi Allah dalam perspektif kehidupan.Walaupun tubuhya kecil dan tidak sebesar manusia,walau akalnya tiada tidak seperti manusia yang mempunyai akal untuk berfikir,sang semut amat yakin kepada Allah s.w.t yang mencipta dan menjaganya.Ini amat berbeza dengan manusia yang tubuhnya jauh berganda besar dari semut,otaknya jauh lebih hebat dari seekor semut tetapi malangnya kebergantungannya dengan Tuhan yang Maha Mencipta dan Maha Menjaga tidak langsung dipedulikan.Renung-renungkan... dan selamat beramal.

No comments:
Post a Comment