
Malaysia tidak harus lagi berdabik dada mengatakan kita terlepas dari bencana itu dan ini kerana kita dari sudut geografinya terletak di luar lingkaran api pasifik atau seumpama bagai Malaysia dikelilingi gugusan Kepulauan Indonesia.Lihat sahajalah tsunami,kejadian tanah runtuh,gegaran seismos di Bukit Tinggi.Kepulauan Melayu ini dahulunya aktif dengan gunung berapi dan spesies dinosour juga.Sesetengahnya adalah dasar lautan.Jika Gurun Sahara itu bisa menghijau kembali seperti yang terdapat dalam hadist.Jadi siapalah kita untuk bermegah.
Dalam Islam sering diajarkan Hablum minAllah wa hablum minannas wa hablum minnalalam (hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia serta hubungan dengan alam).Sebagai makhluk ciptaan Yang Esa kita mesti memahami dan mengamalnya.Zaman kerosakan umat dan akhir zaman dah bermula lama dah dan yang paling ketara menjengahnya abad ini.Jadi jangan sekali-kali lupa untuk sujud pada Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Segala-galanya.Jangan nanti Tsunami merempuh dan menyapu bersih dunia ini baru nak itu dan nak ini dengan Tuhan.Syukurilah nikmatnya yang percuma(gratis) ini.
Kini purata anjakan posisi kutub telah berlaku sebanyak 2.5cm ke arah longitud 145 Timur.Aktiviti seismos ini turut mendapati pengurangan satu hari sebanyak 2.68 juta daripada satu saat.Alasannya struktur bumi menjadi semakin padat setiap kali gempa berlaku.Juga kebuntalan Bumi turut berubah iaitu pada kadar satu per 10 bilion.Salji pun dah turun kat negara yang tak sepatutnya.Kalau Malaysia yang turun salji gimana pulak erk??? Gerhana matahari dan gerhana bulan telahpun berlaku pada bulan oktober 2005 yang bertepatan dengan bulan Ramadhan.Mengikut seorang pendeta Yahudi di zaman Rasulullah,aku diberitahu sebelum kedatangan al-Mahdi,akan terjadi gerhana matahari 2 kali berturut-turut dalam Ramadhan".2008 tahun baru hijrah dan tahun baru masihi sama jatuh pada hari yang sama.Bulan Ramadhan dan September pun sama.It never be just coincidence .2008 kalau kat negara kita sendiri pun penuh kontroversi.Penghujung 2008,kemelesetan ekonomi Amerika yang turut sama mengheret seantero dunia.2009 tak tahulah apa yang menanti.I believed that despites of what we experienced crises now but still we need to stand up and believing that there are hopes if we believe in God.
Petikan di dalam buku 'Zahirnya Mahdi Penyelamat Umat' by SafriHadi terbitan Jahabersa:-
Mengikut Saidina Ali k.w:
"Kedatangan al-Mahdi akan didahului oleh bintang berekor.Bintang itu bukan seperti yang kamu lihat pada dua pertiga dekad atau pada dua pertiga pada abad,tetapi ia adalah bintang yang dipenuhi api,salji,udara dan tanah.Ekornya memanjang dan kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari.Ketika menyongsong fajar,kepala dan ekornya akan bertemu seperti lingkaran raksasa,memancarkan sinar terang di langit yang gelap.Kemudian,bintang itu kembali beredar pada landasannya.Setelah itu akan datang malapetaka (banyak) dan kematian adalah keuntungan kepada golongan beriman dan kerugian bagi orang jahat".
Mengikut seorang tabien bintang berekor akan muncul pada bulan Ramadhan.
ONE GOD ONE UMMAH (COMMUNITY) SERVE FOR HUMANITY"Kedatangan al-Mahdi akan didahului oleh bintang berekor.Bintang itu bukan seperti yang kamu lihat pada dua pertiga dekad atau pada dua pertiga pada abad,tetapi ia adalah bintang yang dipenuhi api,salji,udara dan tanah.Ekornya memanjang dan kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari.Ketika menyongsong fajar,kepala dan ekornya akan bertemu seperti lingkaran raksasa,memancarkan sinar terang di langit yang gelap.Kemudian,bintang itu kembali beredar pada landasannya.Setelah itu akan datang malapetaka (banyak) dan kematian adalah keuntungan kepada golongan beriman dan kerugian bagi orang jahat".
Mengikut seorang tabien bintang berekor akan muncul pada bulan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment