Aug 29th Saturday
ON THE EIGHTH DAY OF RAMADHAN
2 Hari lagi kemerdekaan negara yang ke-52 bakal disambut. Nak cerita sikit. Pada pukul 6.30 petang kejap tadi aku berpeluang menyaksikan kecantikan pancaran mentari selepas hujan. Bulan Ramadhan hujan sentiasa mencurah ke bumi, bukan hujan lebat tetapi sekadar hujan renyai-renyai. Hujan rahmatlah katakan. Pancaran mentari yang cukup indah dan bersih. Apabila aku terpandang ke arah matahari terbit yakni timur, kelihatan sebuah pelangi. Wow, subhanallah, cukup hebat.Pelangi Ramadhan. Aku dapat merasakan sesuatu yang ganjil dengan Ramadhan kali ini.
Well, i'm not such a very good Muslim but i try.Biar aku cerita kenapa aku rasa begitu, kita mulakan dengan tahun lepas. Tahun Baru Tahun lepas adalah sama yakni 01 Januari bersamaan 01 Muharram.
Pertembungan Tahun Baru Masihi dengan Hijrah. Ramadhan tahun lepas juga adalah jatuh pada sepanjang bulan September, tahukah anda bahawa Ramadhan dan September adalah bulan ke-9 daripada 12 bulan. Jadi hari lahir aku pada tahun lepas adalah antara yang teristimewa di mana jatuh pada tarikh yang sama iaitu 05 September bersamaan 05 Ramadhan Hari Jumaat. Menjelang akhir Disember tahun lepas yakni tepat-tepat 01 Muharram dalam Kalendar Hijrah, bumi kiblat pertama umat Islam diserang Zionis. Ini berlaku sejurus sebelum Obama dilantik menjadi presiden yang ke-44.
Setelah serangan Zionis berhenti, berlaku gerhana matahari pada bulan Januari pada hari kedua Tahun Baru Cina. Sebelum Ramadhan pada tahun ini menjelang, berlaku pelbagai fenomena alam yang wajar menjadi perhatian umat manusia. Antaranya, kedudukan matahari yang berada tepat-tepat di atas Kiblat ( perkara ini dinamakan sebagai istiwa matahari dan fenomena ini berlaku setiap tahun namun kali ini ianya berlaku sejurus sebelum datangnya Ramadhan) , Gerhana Matahari Penuh dan Gerhana Bulan yang berlaku baru-baru ini.Dan tahukah anda sehari sebelum kita mula berpuasa tahun ini yakni 21hb Ogos adalah ulangtahun kejadian kebakaran kompleks Masjid al-Aqsa yang dilakukan Zionis pada 1969. Antara lain adalah bencana alam dan Wabak Selesema Mexico atau Babi (Influenza A H1N1).
Ada setengah orang kata H1N1 ni ciptaan saintis Zionis, natijahnya sebab tak nak ada ibadat Haji. Tahukah anda, sekiranya ibadat haji tiada dalam tahun itu maka titik keseimbangan bumi akan terganggu. Cas Yin Yang Positif Negatif. Semua orang tahu bahawa sekitar Kaabah adalah the most energy point on the earth and Kaabah is the center of the Earth. Pihak NASA sudah membuktikan kebenaran itu. Apabila tiada orang mengerjakan Haji pada tahun itu maka Yahudi tahu bahawa al-Masih Dajjal yang ditunggu mereka sudah hampir tiba.
Dan tahukah anda, Dajjal bukannya datang setelah tiada azan dilaungkan tetapi apabila setiap laungan azan diputuskan. Macam mana, cuba anda lihat peta dunia... terdapat lautan pemisah di antara benua seperti Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Kenapa ini berlaku? sebab perbezaan di antara selang waktu azan Isya' dengan Azan Subuh dan Azan Subuh dengan Azan Zohor. Tak faham lagi? macam ni. Katakanlah pada masa sekarang Azan Maghrib berkumandang di sebuah tempat di Malaysia, sebelum Azan Maghrib Malaysia habis, azan Maghrib di Acheh pula mengambil tempat dan begitulah seterusnya. jadi laungan azan itu sentiasa bersambung seolah-olah membentuk suatu rantaian.
Jadi sebagai renungan, Kiamat Sudah Dekat dan tanda-tandanya terlalu obvious sekarang. Yahudi tahu akan kebenaran ini sebab itulah dalam Surah Al-Fatihah, perkataan 'orang-orang yang dimurkai Allah' pada akhir ayat adalah merujuk kepada mereka. Sebab apa? mereka tahu kebenaran, mereka mengkaji tetapi dalam masa yang sama mereka menyembunyikan. Mereka ni cerdik sebab itulah kebanyakkan pemenang anugerah Nobel adalah terdiri daripada mereka. Namun lantaran keangkuhan, mereka lebur. Akhir kata, setiap fenomena alam yang berlaku ada hikmahnya cuma antara manusia itu sedar atau tidak akan petanda di sebaliknya.
Ini adalah siri peringatan buat diriku yang selalu lupa. Lastly, don't let a day pass by without touching your forehead to the ground ( Solat ) at least 34 times.
:: myIC - BLOGGING OFF ☆ ®
No comments:
Post a Comment