YESTERDAY WE LEARN χθες μαθαίνουμε , TODAY WE PRACTISE σήμερα ασκούμε , TOMORROW WE ACHIEVE αύριο επιτυγχάνουμε

Monday, August 31, 2009

:: myRAMADHAN'09 IV merdeka ::

☆☆ ようこそラマダーン ☆☆Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan 1000 Bulan Ramadhan el-Mubarak ☆ รอมะฎอน ☆ Happy Blessed Ramadhan 1430 Hijrah ☆مرحبا بكم في رمضان le jeûne ou saoum, qui constitue l'un des cinq piliers de l'islam 라마단 Mejorar nuestra fe y las virtudes en el ayuno Ramadhán.Devote a la unidad de Dios, Allah 賴買丹月 -Ikhwancalifornia™ ®
Aug 31st Monday
ON THE TENTH DAY OF RAMADHAN

UNITY IN DIVERSITY O'MY MALAYSIA
Ikhwancalifornia™ ® mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Tahun ini, kemerdekaan disambut seiringan dengan kedatangan Bulan Yang Penuh Berkat Ramadhan el-Mubarak. Meskipun sambutan ulangtahun kemerdekaan kali ini tidaklah semeriah tahun-tahun lepas berikutan Influenza A H1N1 tetapi apa yang paling penting adalah sikap cintakan negara dalam diri itu sendiri.Kekalkan keharmonian dan kemajuan negara.Ingatlah sejarah penubuhan negara.
# RENUNGAN SEJENAK # 
Malaysia adalah terdiri daripada semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak.Malaysia pernah dikenali dahulu dengan nama Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu.Mendapat Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan lengkap Malaysia pada 16 September 1963.Malangnya Singapura keluar daripada Malaysia...Malaysia mempunyai banyak ketamadunan berkerajaan seperti Kerajaan Langkasuka, Chih Tu (Kelantan Tua), Kedah Tua, Seri Gangga Negara, Kerajaan Melayu Melaka dan sebagainya...Bermula dengan Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka (terdapat 84 bahasa dipertuturkan dengan 3000 buah kapal berlabuh setiap hari di Melaka,Bahasa Melayu menjadi Bahasa Lingua Franca pada ketika itu)..bayangkan kemajuan yang dicapai negara sekiranya tidak terjajah..Malaysia terjajah selama 446 tahun dan 7 hari..suatu jangka masa yang begitu lama jika dibandingkan dengan nikmat kemerdekaan yang baru dikecapi selama 52 tahun.Setelah Kerajaan Islam Andalusia Sepanyol jatuh, kuasa besar dunia pada ketika itu mencari sebuah kerajaan besar yang berpotensi untuk mendominasi dunia untuk dijatuhkan selain daripada untuk meluaskan propaganda (Gospel,Glory,Gold,Geography) mereka...dan mereka lebih menekankan Gold.Mereka sanggup datang dengan keadaan laut yang 'super' bergelora di Tanjung Harapan semata-mata untuk ke Timur.Dengan ketidakseimbangan politik di Melaka pada ketika itu maka
ERA PENJAJAHAN PUN BERMULA:-
-Portugis 24 Ogos 1511-16 Januari 1641 (130 tahun)
-Belanda 16 Januari 1641-20 Mac 1824 (183 tahun)
-British 20 Mac 1824-08 Disember 1941 (117 tahun)
-Jepun 08 Disember 1941-05 September 1945 (4 tahun)
-Zaman Darurat Bintang 3 (Komunis)
-British 05 Sept 1945-31 Ogos 1957 (12 tahun)

Jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia adalah mempertahankan kemerdekaan ini... no more gaduh-gaduh.. bersatu, Majukan negara, daulatkan Malaysia...
Raise Your Flag
Khidmat Pesanan Masyarakat ini dibawakan oleh Ikhwancalifornia™ ® P.E.A.C.E
:: myIC - BLOGGING OFF ☆ ®

No comments: