Alkisah Di Sebuah Kerajaan Semenanjung Emas, Terdapat Seorang Lelaki Muslim Yang Ponteng Solat Jumaat... Sebaliknya Dia Masuk Ke Hutan Untuk Memburu Ayam Hutan Di Pergunungan Opher (Ledang)..
Sedang Dia Terhendap-Hendap Di Dalam Semak... Tiba-Tiba Dia Terlanggar Dengan Seekor Harimau Yang Sedang Lena Tidur.. Dia Begitu Terkejut Sehinggakan Busur Panahnya Tercampak Lalu Tergelungsur Ke Dalam Jurang.. Dia Pula Tergolek Ke Arah Lain... Jatuh Ke Atas Batu Dan Krakkk!!!
Sebelah Kakinya Patah... ( Jangan Risau... Ini Bukanlah Suatu Berita Buruk)
Berita Buruknya Adalah Harimau Tadi Terus Menghambatnya.. Sedangkan Dia Tidak Boleh Bergerak Lagi... Tempang..
"Ya Allah," Doa Lelaki Tersebut... "Ampunilah Dosaku Kerana Ponteng Solat Jumaat Berjemaah Pada Hari Jumaat Yang Mulia Dan Nian Syahdu Ini.. Ampunilah Aku Ya Allah..Makbulkanlah Hajatku Ini.. Jadikanlah Harimau Yang Memburuku Ini Harimau Yang Beriman... Tolong Yaa Ya Allah"!" Aminnnn.."
Tidak Semena-Mena Tiba-Tiba Guruh Berdentum.... La Haula Wala Quwata Illa Billah (Sudiiiiiin, Angkat Kain Di Jemuran.. Hujan Daa Nak Turun)
Harimau Tadi Tiba-Tiba Terhenti Betul-Betul Di Hadapan Lelaki Tersebut..
Harimau Itu Bertukar Menjadi Seekor Harimau Yang Beriman Dan Bersopan Santun.. Sambil Menadah Kedua-Dua Kaki Hadapannya Ke Langit.. Harimau Tersebut Pun Berdoa...
"Allahumma Barik Lana... Fima Razaktana.. Waqina Azzabannar.. Aminnnnn..."
Lesson:- Save The Tigers
No comments:
Post a Comment